TRIP AKU DI NEGARA KIWI (NEW ZEALAND)

New Zealand antara negara yang dah lama masuk wishlist aku, ia memang terkenal dengan keindahan alamnya, semestinya NZ adalah antara tempat impian yang aku ingin lawati. Mesti ramai yang teruja untuk travel ke sana. Apatah lagi bagi mereka pencinta  keindahan alam semula jadi.

NZ merupakan antara negara yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik, tenang dan mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Ditambah pula negara ini merupakan sebuah negara yang mesra pelancong dan menyediakan banyak kemudahan untuk mereka yang berkunjung ke sini.

Notakaki: Kalau korang malas nak baca panjang-panjang. Klik link ni untuk itinerari ringkas untuk senang korang buat rujukan. 
https://mataharikuadila.blogspot.com/p/nz.html


New Zealand juga di senaraikan antara negara yang selamat bagi wanita untuk mengembara secara solo.


My route map for 10D 9N 





Sejuk.. ikut je green line menuju ke domestik airport 


Tunggu di pick-up station untuk penyewa campervan di luar Christchurch airport menunggu datang airport transfer shuttle-van bawa ke motorhome depot. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk menyewa kereta di New Zealand sebagai salah sebuah negara komanwel. Tak perlu susah-susah mohon lesen memandu antarabangsa. 

Shopping grocery at Countdown Supermarket

Britz Campervan 


Kalau masa mula-mula dapat kereta tu minyak penuh, makanya masa hantar dan pulangkan nanti kena isi penuh juga. Sila jangkan kos lebih tinggi di musim sejuk sebab kena pasang pemanas di kereta.


Lake Tekapo Holiday Park
Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature
Kebiruan Tasik Pukaki
Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature
Menikmati keindahan alam
Image may contain: mountain, sky, cloud, outdoor and nature
Mount Cook National Park
Keputihan puncak gunung Cook



Mount cook







Image may contain: one or more people, cloud, mountain, sky, outdoor and nature


Image may contain: 1 person, smiling, mountain, sky, outdoor and nature
       
Setelah penat tracking, around 3 petang terus perjalanan ke Wanaka town. Sempat singgah di Puzzle World tapi dah tutup (posing kat luar je la). Isi petrol full tank NZ99. Harga minyak berubah-ubah mengikut tempat dan jenis pam minyak. Secara purata, harga minyak adalah sekitar NS2.00/liter.  Bermalam di Lake Outlet Holiday park (NZ20/pax powered site) + (NZ10 wifi 1gb)

Image may contain: sky and outdoor






Entri kali ni aku kongsikan cara-cara untuk korang berjimat sewaktu travel ke negara ini dan sebenarnya merupakan antara cara yang sering aku praktikkan setiap kali travel ke luar negara. Sebelum itu aku nak kongsikan route map aku sewaktu travel 10 hari di New Zealand iaitu 3 hari di North Island dan 7 hari di South Island.  Aku ke sana pada akhir september 2017, musim spring.







Dalam artikel ni aku nak berkongsi tips travel ke New Zealand. Memulai jelajah South Island of New Zealand by campervan–1800km, dan North Island  by car-600km dengan budget RM5,000. Bagi pemegang passport Malaysia, visa New Zealand tidak diperlukan sekiranya korang bercuti dalam tempoh kurang 3 bulanWaktu New Zealand adalah 5 jam lebih cepat daripada Malaysia. Pastikan passport belum tamat tempoh dan ada lebih 6 bulan sebelum expired semasa tarikh travel korang ye.


Hari Pertama

Kuala Lumpur – Gold Coast Australia - Auckland (ACK) - Christchurch (CHCH). 


Harga tiket Airasia KL-ACK, return-flight RM1300/pax.
Harga tiket Jetstar ACK-CHCH, return-flight RM285/pax

Kalau korang ada destinasi lain lepas Auckland, jangan ambil flight yang gap dia terlalu rapat dengan waktu ketibaan korang di Auckland. Paling kurang 3 jam gap tu. Nak naik flight domestik, boleh naik bas free yang boleh bawa korang ke terminal
Kalau korang naik AirAsia, nanti ada transit di Gold Coast, Australia. Ada pengumuman dalam flight sebelum mendarat. Dengar elok-elok tau. Pihak AirAsia bagi tahu nanti nak masuk lorong mana.

Sebelum mendarat di Auckland tu, dalam flight kena isi declaration form. Maknanya setiap makanan yang korang bawa kena beritahu dan istiharkan. Isi betul-betul nanti kena saman. Bawa pen satu. Di imigresen pula, kalau korang bawa makanan kena masuk ke lorong khas untuk declare and check makanan dalam beg. Tak boleh bawa madu, tumbuh-tumbuhan, serangga, benda yang ada serangga (ayam rendang ibrahim pack aku kena inspect kerana dorang ingat ada pengawet larangan). Lepas itu dapat visa on arrival.

Macam mana nak ke domestic airport dari  international airport? Hanya perlu tunggu bas.Ada perkhidmatan bas percuma di depan international airport tu. Atau kalau nak jalan-jalan, boleh je dalam 15min. Ikut saja garisan hijau yang ada di lantai, bermula di pintu masuk ke airport sambil2 hirus angin sejuk sempoi2 di luar. Sebelum keluar dari negara New Zealand pula, kena isi declaration form sekali lagi dan serahkan masa di immigration control. Berlambak je declaration form tu di airport.


Hari Ke-2
Christchurch - Lake Tekapo

Campervan aku sewa dari syarikat BRITZ Car Rental. Selepas selesai urusan hand-over, aku menuju ke Countdown Airport Supermarket membeli bekalan masak bahan mentah untuk perjalanan nanti. Dapatkan info banyak produk2 halal di sini dulu sebelum membeli ye.  

Pandu di waktu siang. Di sini tak ada lampu jalan sangat. Jadi jalan gelap di waktu malamUntuk menyewa kenderaan pastikan korang memiliki kad kredit (WAJIB ADA dan BAWA). Pastikan korang turut menyewa GPS atau GPS + wifi  dan mengambil insurans kenderaan.
Pandu elok-elok tau. Ingat had memandu di sana. Di NZ juga ada jambatan sehala. Maksudnya satu jalan je boleh lalu dekat di situ pada satu-satu masa. Pandai-pandailah bergilir dengan kereta sebelah lain tu.


Road trip pertama aku menuju ke Lake Tekapo – (bermalam di Holiday Park NZ20/pax powered site dan NZ10 2gd wifi).

Dalam perjalanan menggunakan campervan salah satu hal yang penting sebenarnya di mana kita hendak menginap malam itu. Di South Island, ada banyak free campsite, yang dengan mudahnya diakses, tetapi semua kemudahan tidak ada..org cakap apa-apa pon tak ada ...gelap gelita beb...seram!! hahaha.


Holiday Park site yang pastinya kena bayar. Bayarannya juga beza-beza, bergantung jenis campsite yang mahu kita sewa. Powered site maknanya ada tempat charge bateri campervan. Jadi 
semalaman kita boleh bebas menonton TV, hidupkan heater dari kesejukan malam (suhu 4OC), charge handphone, powerband, dan apa2 saja tanpa takut bateri campervan lemah. 
Non powered site maknanya nya kita menumpang parking dorang. Tapi sama jugak dengan powered site kita tetap boleh mengakses fasiliti umum seperti kitchen, toilet, playground, hot shower dan fasiliti yang lainnya. 

Oohh ya ...biasanya di holiday park, mereka kasi akses wifi juga, tapi limited tergantung kebaikan hati pemilik site itu. Ada juga yg wifi berbayar. Kadar bayaran holiday park berbeza-beza dalam NZD20-25 seorang untuk powered site.

Note: 
1- Kadar tukaran semasa percutian 1NZD= RM2.74
2- Perbezaan antara Caravan, Campervan & Motorhome.
Caravan   - Kenderaan yang memiliki trak tunda di belakang.
Campervan - Kenderaan yang diubah dengan kemudahan tempat tidur dan tempat masak
Motorhome - Truck besar yang memiliki kemudahan seperti sebuah apartment


Hari Ke-3
Mount Cook - Hooker Valley Track  - Lake Pukaki

Bangun pagi, best nye dapat hot shower. Siap semua, kemas barang dan sarapan depan Lake Tekapo dengan pemandangan yang sangat marvelous. Orang lain makan dalam kitchen, aku makan kat luar. Padahal sejuk gilo…macam makan nasi frozen...lepas kenyang, say babai!!.. Tekapo.

Sepanjang perjalanan dari Lake Tekapo ke Hooker valley ni...Subhanallah..Cantikkkkkk 1.5 jam perjalanan. Hello..tasik pukaki biru-biruan berlatarkan gunung ganang! Ada jambatan dengan air mengalir yg menghijau. Mount Cook adalah gunung tertinggi di New Zealand.  

Sampai Hooker Valley Track around 11 pagi. Baca info kt situ dalam 5-6 jam nak habiskan masa trekking sampai hujung track. So aku decided to walk halfway saje. Masa ni hujan gerimis pulak kan.. Tapi sebab dah sampai, aku redahkan jua.Cuaca memang sejuk.. angin kuat.






Comments

Popular Posts