JJCM KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG

CAMERON HIGHLAND, PAHANG

Berikutan cuti umum 30/7/2019, otak aku ligat berfikir nak isi masa lapang ke mana. Plan dengan 3 lagi kawan aku, macam-macam tempat kami plan nak pergi, tapi memandangkan cuti singkat hanya sehari. Akhirnya kami buat keputusan untuk menjayakan misi mencari Strawberry Coklat di Cameron Highland, Pahang.

29/7/2019 selepas habis kerja, apa lagi.. kami terus mulakan perjalanan ke Ipoh. Kami akan tidur di Ipoh untuk memudahkan kami naik ke CH seawal yang boleh. 
Hotel De Botani, Ipoh ( keselesaan 4/5 , Harga dari Booking.com 5/5)

Seperti yang di rancangankan, seawal jam 8am, kami checkout hotel dan singgah sarapan pagi di kedai makan GaZeBo Abg Nash, Jalan Lahat, Batu gajah. Makanan sini boleh tahan sedap. so, korang boleh la singgah kalau lalu area sini.

Apa yang aku fikirkan benar terjadi, hahaha setiap kali cuti umum.. CH memang tak pernah sunyi dengan pengunjung. Nasb kami baik, sebab kami naik ke CH awal pagi. Apa pun, banyak tempat yang kami tak dapat singgah. Antara tempat yang kami dapat singgah, Green view, kedai bunga, Taman Apple Cameron Rastoran dan ladang teh.


Okey jom layan beberapa gambar 



IG : matahariku.adila
IG : mataharikuadila.travel
FB : Matahariku Adila
Page : Kisah Travel Kita

Youtube channel : MatahariKu Adila




































Comments

Popular Posts