NEGERI KELAHIRAN AKU -SERAWAK

KUCHING SERAWAK
16-19 Feb 2019
Tune Hotel, Kuching


Fuhh lamanya baru teringat pasal trip Kuching ni. Biasa la bila trip tak di jangka ni macam ni la. Seperti biasa bila trip tak di jangka ni, follower aku je la yang sudi teman. Ok la dari jalan solo boleh mati kutu aku di buatnya.
Serawak adalah negeri kelahiran aku walaupun mak dan abah aku adalah orang Perak. Abah aku seorang askar, jadi aku hanya lahir hingga usia 2tahun sahaja tinggal di sana. Selepas itu, family aku berpindah semula ke Semenanjung.

Memandangkan dah setahun trip aku berlangsung, Makanya, entri kali ni aku akan cerita apa yang masih aku ingat la ye. Selebihnya aku share gambar je untuk tatapan korang yang bakal ke Kuching.

Tugu Kuching

Ni la burung kebanggaan orang Serawak

Beberapa fakta penting tentang negeri Serawak atau juga di kenali sebagai Bumi Kenyalang. Serawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Tidak mempunya Raja, Ketua negerinya dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri. Kuching adalah ibu negeri untuk Serawak. Sarawak mempunyai 27 etnik besar, Etnik-etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan  yang tersendiri. Antaranya adalah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Penan, Kadazandusun, Murut dan lain-lain lagi. Ni je yang aku ingat mesa melawat Taman Budaya Serawak.


Taman Budaya Serawak
Kalau korang ke Kuching, aku rasa ni antara tempat wajib korang kunjungi. Aku habiskan masa sehari di sini. Melawat pelbagai jenis rumah mengikut etnik. Setiap rumah ada sahaja aktiviti yang di sediakan untuk lebih mengenali budaya mereka.

Aku beli tiket masuk ke sini RM82 melalui Online booking di website https://scvticket.com.my/ . Senang sampai je sana aku dah tak perlu untuk beratur. 

Website yang aku guna untuk beli tiket online

Jom layan antara gambar-gambar di Taman budaya Serawak.



Rumah Milanau






Rumah dah la tinggi, lepas tu tangga halus macam ni..


Hari seterusnya aku ke Rumah Panjang Annah Rais. Bermacam rasa bila aku sampai di sini. Betapa panjangnya rumah mereka ni. Aku bayangkan kalau kenduri atau raya mesti meriah sangat. Rumah mereka di buat dari kayu dan buluh. fuhhhh menarik la aku rasa. Di sini aku sempat beli lada hitam ( murah beb.. haha)
Naik je tangga ke tempat mereka ni, korang akan jumpa Rumah Tengorak ni.


Rumah tengkorak


Aktiviti malam, aku ke Uptown Kuching, berdekatan Jambatan Hana. Dari hotel kami hanya jalan kaki sahaja. Seperti biasa, misi mencari makan. Laksa serawak... sedapnya.. kek lapis banyak jual di sini. sebelum beli korang rasa dulu. Aku sampai kenyang la makan kek lapis free. 


Wajib beli souvenir untuk kenangan


Sebelum balik hotel, aku ke Jambatan Hana. View di waktu malam dengan lampu-lampu memang cantik. Free je, jika hujung minggu memang meriah di sekitar sini. Disini juga ada pertunjukkan pancuran air muzikal.


Jambatan Hana view waktu malam.

Comments

Popular Posts